Mukim di Setiu Setiu

1)- Chalok
2)- Guntung
3)- Hulu Nerus
4)- Hulu Setiu
5)- Merang
6)- Pantai
7)- Tasik

Setiu merupakan sebuah Daerah Bongsu daripada tujuh Daerah didalam Negeri Terengganu Darul Iman. Ditubuhkan hasil daripada perakuan Unit Pemodenan dan Kemajuan Pentadbiran (MAMPU) pada 1 Januari 1985.Daerah baru ini mempunyai keluasan 135,905.80 hektar (1,359.90 kmĀ²). Merupakan 10.49% daripada keseluruhan keluasan Negeri Terengganu Darul Iman. Bersempadan dengan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut. Terbahagi kepada tujuh buah mukim iaitu Mukim Pantai (8,499.40 hektar), Mukim Guntung (16,348.50 hektar) Mukim Tasek ( 5,827.10 hektar), Mukim Hulu Setiu (23,292.90 hektar) Mukim Calok (20,589.60 hektar), Mukim Merang (6,825.00 hektar) dan Mukim Hulu Nerus (54,523.30 hektar).[1]